ARTIKEL

UNTUK KENANGAN...Peserta terlibat merakam gambar sebagai kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Juara Keseluruhan SAF26

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kehebatan pasukan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi nyata sukar ditandingi apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF26) UiTM Cawangan Sarawak 2026.

Pasukan tersebut berjaya meraih 19 pingat keseluruhan — 15 emas selain masing-masing dua perak dan gangsa.

Pilihan popular itu mengetepikan pencabar terdekat mereka iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di tempat kedua dengan lapan pingat keseluruhan — dua emas, lima perak dan satu gangsa.

Selain itu, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah di tempat ketiga dengan lima pingat keseluruhan iaitu dua emas dan tiga perak.

SAF26 merupakan acara sukan tahunan yang dipertandingkan di UiTM Cawangan Sarawak dianjurkan oleh unit sukan di bawah Unit Penggalakan Sukan dan Jawatankuasa Sukan Pelajar.

Sebanyak 23 acara sukan dipertandingkan pada saingan tersebut yang bermula pada 9 Mei lepas dan berakhir Ahad lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU