LUNDU: Fame Multiracial Media Team julung kalinya mengadakan Program Khidmat Komuniti melibatkan 53 murid prasekolah di SK Bumiputera, di sini, hari ini.
Program tersebut diketuai oleh Pengerusi Fame Multiracial Media Team, Georene dan dibantu timbalannya, Michelle serta rakan pasukan yang lain.

Dalam satu kenyataan, Fame Multiracial Media Team turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, aktiviti radio rosak dan aktiviti “fish catching”.
Mereka juga menyampaikan sumbangan tiga unit kipas kepada pihak prasekolah SK Bumiputera yang ditaja oleh Jia Xing Development Sdn. Bhd. dan Josiah Empire. Dua lagi unit kipas disumbangkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.


“Fame Multiracial Media Team mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja iaitu Jia Xing Development, Flame The Magick Store, Josiah Empire dan Benard Art of Living atas sumbangan yang diberikan.
“Ribuan ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lundu dan SK Bumiputera atas sokongan serta kelulusan yang diberikan bagi menjalankan program khidmat komuniti ini,” katanya.







