ARTIKEL

MOHAMAD ketika menyempurnakan gimik perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2026 SMK Bahasa Malaysia Saratok di Dewan Sri Semerbak, di sini hari ini.

Mohamad Duri Seru Anak Sarawak Manfaatkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Anak Sarawak lepasan sekolah tidak seharusnya mempunyai keraguan dengan keberanian Kerajaan Sarawak memperkenalkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), yang bukan sahaja membuka peluang lebih luas untuk melanjutkan pengajian, malah turut meningkatkan daya tarikan negeri ini kepada pelabur antarabangsa.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, dasar pendidikan progresif itu membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.

“Dasar ini amat baik dan boleh disifatkan sebagai laluan emas untuk anak-anak Sarawak membina kerjaya serta mencapai masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2026 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok di Dewan Sri Semerbak, di sini hari ini.

Menurut Mohamad, seperti yang dijelaskan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dasar pendidikan tinggi percuma itu turut menjadi antara faktor yang menarik minat pelabur antarabangsa, termasuk syarikat teknologi global SoftBank untuk meneroka peluang pelaburan dalam sektor teknologi tinggi di negeri ini.

Katanya, pelabur bukan sahaja melihat potensi Sarawak dari aspek sumber tenaga boleh diperbaharui, tetapi juga keupayaan negeri ini melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menghasilkan produk bernilai tambah, khususnya dalam bidang mikroelektronik dan kecerdasan buatan (AI).

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan supaya merebut peluang melanjutkan pengajian menerusi inisiatif berkenaan tanpa sebarang keraguan.

“Jika suatu hari nanti anda ditawarkan peluang mengikuti 64 bidang pengajian atau lebih pada masa hadapan, terimalah dengan hati terbuka dan jangan sesekali berasa ragu-ragu.

“Namun, peluang ini perlu disambut dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, termasuk kesungguhan untuk belajar serta mencapai kecemerlangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan para graduan tentang perjalanan kehidupan selepas meninggalkan alam persekolahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana dunia luar menuntut lebih daripada sekadar kelayakan akademik.

Katanya, nilai murni, disiplin serta jati diri kukuh merupakan antara elemen penting yang perlu dimiliki setiap individu untuk menghadapi cabaran kehidupan dan mencapai kejayaan.

“Maka, jadikanlah segala pengalaman sepanjang berada di sekolah sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh.

“Ingatlah, kejayaan bukan semata-mata diukur berdasarkan keputusan peperiksaan, tetapi turut dinilai melalui akhlak, usaha dan keikhlasan hati dalam mengejar impian,” tambahnya.

BERITA LAIN

CCPC Dijangka Mula Beroperasi Januari 2027

KUCHING: Kekangan kemudahan pengeluaran dan pembungkusan yang selama ini membataskan potensi produk tempatan untuk menembusi pasaran lebih luas bakal ditangani menerusi penubuhan CENTEXS Commercial Packaging

BERITA TERBARU

CCPC Dijangka Mula Beroperasi Januari 2027

KUCHING: Kekangan kemudahan pengeluaran dan pembungkusan yang selama ini membataskan potensi produk tempatan untuk menembusi pasaran lebih luas bakal ditangani menerusi penubuhan CENTEXS Commercial Packaging