ARTIKEL

Chung (dua kanan) dan Victor bertukar dokumen selepas majlis menandatangani perjanjian. Turut kelihatan pengarah kanan OCI TerraSus (perniagaan strategik) Baek Jae Wook dan pengurus besar Petros (komersial) Ahmad Zaidi Hatta.

OCI TerraSus pelanggan industri pertama PETROS di Samalaju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: OCI TerraSus menjadi pelanggan industri pertama di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), Bintulu, yang menerima bekalan gas asli daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menerusi perjanjian jual beli gas yang dimeterai hari ini.

Bekalan itu akan digunakan bagi menyokong operasi di kilang syarikat berkenaan, sekali gus memperkukuh keperluan tenaga untuk memastikan kelancaran pengeluaran.

Perjanjian ditandatangani Presiden OCI TerraSus, Chung Seung Yong dan Naib Presiden Kanan Aset PETROS, Victor Maiyor dalam satu majlis rasmi.

Kerjasama ini menjadi perkembangan penting dalam memperluas akses bekalan gas asli kepada sektor perindustrian di Samalaju, khususnya bagi memenuhi keperluan operasi syarikat yang beroperasi di kawasan berkenaan.

Penyaluran gas asli itu disokong Projek Saluran Paip Samalaju (SPL) serta projek Saluran Paip Lingkaran Taman Perindustrian Samalaju (SIPR) yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuh rangkaian bekalan gas di kawasan industri tersebut.

Bagi OCI TerraSus, akses kepada bekalan gas asli membolehkan syarikat mempelbagaikan sumber tenaga, meningkatkan kecekapan operasi serta mengawal kos penghasilan stim.

Langkah itu juga dijangka memperkukuh daya tahan operasi syarikat dalam menghadapi perubahan keadaan bekalan tenaga, selain menyokong kelestarian operasi jangka panjang.

OCI TerraSus ialah anak syarikat milik penuh OCI Holdings dari Korea Selatan yang menghasilkan polisilikon gred solar berketulenan tinggi, iaitu bahan mentah penting dalam pembuatan wafer silikon dan sel fotovoltaik untuk panel solar.

BERITA LAIN

Rolland sedia pertahan kerusi DUN Meluan

PAKAN: Penyandang kerusi DUN Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin, bersedia mempertahankan kerusi berkenaan sekiranya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13. Rolland berkata, persediaan

BERITA TERBARU

Rolland sedia pertahan kerusi DUN Meluan

PAKAN: Penyandang kerusi DUN Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin, bersedia mempertahankan kerusi berkenaan sekiranya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13. Rolland berkata, persediaan