ARTIKEL

FAS: Kerajaan Sarawak hulur tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) memohon bantuan segera dari segi peruntukan dana daripada Kerajaan Sarawak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah memberi reaksi positif dan memandang serius serta sedia membantu FAS.

Datuk Posa Majais berkata demikian kepada pemberita setelah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak serta sentiasa mengalu-alukan bantuan daripada Kerajaan Sarawak.

Kerajaan Sarawak dijangka memberi bantuan kewangan sebagai persediaan bagi skuad Sarawak untuk tahun depan. Sementara itu Posa berkata, Sarawak mesti menang untuk kembali memintas Kelantan pada aksi menentang UKM FC di

Stadium Negeri malam ini. Sarawak kini berada di tangga tercorot Liga Premier dan berhadapan kemungkinan terus gagal keluar dari zon penyingkiran sekiranya tewas pada perlawanan tersebut.

Katanya, dia yakin Sarawak berupaya mengatasi UKM FC berdasarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Jika menang, ia akan memberi sedikit kelebihan mata ke atas kita berbanding Kelantan dan membantu untuk keluar dari zon bahaya,” katanya.

Posa berkata, penyerang baharu Sarawak Rodrigo Amorim Olivera juga akan memberi kelebihan kepada pasukan Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU