ARTIKEL

Anwar Ibrahim dan Premier pada Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 Tahun 2026, di Kuala Lumpur, semalam. |Foto: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Fasa Pertama Hab Hidrogen ART Sarawak Siap Hujung Tahun Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Fasa pertama pembangunan hab hidrogen bagi Transit Aliran Automatik (ART) di Sarawak dijadual siap hujung tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu merupakan antara kemajuan projek elektrifikasi pengangkutan awam yang sedang dilaksanakan mengikut perancangan.

Katanya, projek elektrifikasi pengangkutan awam di negara ini berjalan mengikut perancangan, termasuk pengoperasian 250 bas elektrik serta liputan 800 kilometer rangkaian rel.

“Manakala di Sarawak, Fasa 1 pembangunan hab hidrogen bagi Transit Aliran Automatik (ART) dijadual siap hujung tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang turut dihadiri Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, semalam.

Jelas Anwar, mesyuarat berkenaan dilaksanakan bagi memastikan agenda peralihan tenaga negara terus dilaksanakan secara tersusun dan berimpak berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Jelasnya, setakat Disember tahun lalu, kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara meningkat kepada 31 peratus selaras usaha mengurangkan kebergantungan kepada arang batu.

“Usaha itu diperkukuh melalui kejayaan Skim CRESS yang kini dilengkapi Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS),” tambahnya.

Beliau turut berkata kerajaan akan mengkaji keperluan serta strategi untuk mewujudkan stok simpanan petroleum negara sebagai langkah memperkukuh daya tahan negara susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan yang terus mencengkam dunia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU