PELAKON, Fasha Sandha meluahkan rasa kesal menerusi laman Instagram miliknya apabila seorang pramugari mempersoalkan tindakannya menaiki kapal terbang kelas ekonomi.
Menurut Fasha, beliau sekeluarga disambut dan ditanya soalan yang mengejutkan, membuatkannya berasa terkesima sedangkan sebelum ini tidak pernah dipersoal sebegitu.
“Ketika saya sedang berjalan menuju ke tempat duduk kami di belakang, tiba-tiba ada seorang pramugari menyambut kedatangan saya dengan ayat “Eh Fasha Sandha kelas ekonomi?”
Ujar pelakon watak Tania dalam fi lem Cicakman itu, beliau terkesima kemudian terus menangkap gambar pramugari tersebut dari jauh untuk digunakan dalam aduannya kelak.
“Saya terkesima dalam keadaan yang sedang berpuasa, saya agak kecewa lalu saya mengambil gambar pramugari ini dari jauh kerana saya ingin membuat aduan di perkhidmatan pelanggan penerbangan tersebut untuk meningkatkan taraf servis mereka,” katanya kesal.
Tambah Fasha, tidak lama selepas kejadian itu, seorang lagi pramugari datang ke arahnya dan bertanya sama ada beliau menangkap gambar salah seorang pramugari mereka atau tidak.
“Kemudian saya menceritakan tentang perkara yang berlaku dan pramugari tersebut meminta maaf dengan saya,” jelasnya.
Sementara itu, Fasha turut berpesan kepada pramugari yang lain untuk menjaga tutur kata mereka, sebelum menggoreskan hati para penumpang.



