KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah menyeru dan mengalakkan kepada ibu bapa di luar sana untuk tampil menyertai Talent Identification Program (TID) dan Klasifikasi untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada anak mereka untuk terlibat dalam sukan untuk OKU ini.

Beliau menjelaskan ini adalah peluang untuk mengetengahkan bakat mereka dan diharap ia boleh dibangunkan serta dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Antara persiapan yang giat kita lakukan kini ialah melalui TID yang melibatkan seluruh Sarawak bagi mengenalpasti bakat-bakat baru,

“Selain ia juga merupakan persiapan penting bagi Sukma Paralimpik yang mana Johor akan menjadi Tuan Rumah pada 2020 nanti.

PASTI BERJAYA … Fatimah bergambar bersama kontinjen Sarawak, ibu bapa, jurulatih Honseng Andrias (ketiga dari kanan atas) yang akan bertanding bagi Sukan Boccia pada Sirkit 1 Kejohanan Boccia Kebangsaan 2019 Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Kuching hari ini.

“Walaupun ia diadakan pada tahun 2020, kita perlu membuat persiapan yang rapi sebab kita tahu kalau kita hendak mengekalkan kejuaraan Sarawak untuk kali ke-14, kita perlu bekerja keras kerana negeri seperti Johor juga akan bekerja keras bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik,”katanya kepada media.

Beliau ditemui sewaktu menghantar Kontinjen Sarawak untuk Sirkit 1 Kejohanan Boccia Kebangsaan 2019 di Lapangan Terbang Kuching hari ini.

Fatimah menambah pihaknya sebelum ini telah menghantar kumpulan bagi Para Powerlifting yang telah pulang baru baru ini dan mereka melakukan dengan terbaik.

Pihaknya turut menghantar atlet bagi sukan Para Tenpin Bowling, sukan Para Renang dan banyak lagi sukan lain akan menyusul kemudian tambah Fatimah.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah.

“Untuk Sukan Boccia ini mereka pertama kali tampil menyertai pertandingan pada Para Sukma di Ipoh Perak pada tahun lepas, mereka tidak memenangi apa-apa namun, itu perkara terbaik kerana ia memberi pendedahan yang secukupnya kepada mereka,

“Kita tahu ada para atlet kita yang sudah berusia, dan kini kita memerlukan bakat-bakat baru ini,

“Bila ada masanya nanti ada di antara mereka, akan mencapai tahap yang sangat baik sehingga menjadi atlet yang boleh menyertai pertandingan yang lebih tinggi seperti Asean, dan peringkat Dunia,” ujarnya.

Kontinjen Sarawak yang diwakili seramai enam orang peserta ini bakal bertanding bagi kategori kumpulan dan individu.

Sirkit 1 Kejohanan Boccia Kebangsaan 2019 ini akan diadakan pada 9 April sehingga 13 April bertempat di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Fatimah turut memberikan penghargaan dan syabas kepada ibu bapa dan jurulatih kerana tanpa sokongan mereka pasti sukar bagi mereka untuk sampai ketahap ini, ujarnya.

Fatimah meluangkan masa seketika bersama atlet-atlet kontinjen Sarawak.

 

 

g2 Fatimah meluangkan masa seketika bersama atlet-atlet kontinjen Sarawak.

g3 Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah.