PELAKON dan usahawan, Fazura, 39, berkongsi rutin sebagai ibu bahawa dia dan suaminya Fattah Amin bergilir-gilir menjaga anak semasa sahur.
“Tahun ini Ramadan ketiga bersama-sama Fatimah, persiapan tiada apa-apa sangat, tapi mestilah saya dan Fattah fokus kepada Ramadan. Semua orang pun sama.
“Saya dan Fattah harus bahagikan masa untuk bersahur sebab Fatima tidur dengan kami.
Mungkin kami kena bergilir untuk bersahur.
“Alhamdulillah saya memang fokus untuk puasa dan raya kali ini,” katanya memetik media tempatan.
Dalam pada itu, Fazura turut mengharapkan orang ramai mendoakan agar dia dan Fattah dikurniakan anak kedua memandangkan mereka bersedia menimang cahaya mata lagi.
“Insya-Allah, doakan semoga ada adik Fatimah pula nanti,” katanya lagi.



