Fenomena biasa tapi pantau anak bermain air banjir

DARO: Situasi banjir di Kampung Pangtray tidak kritikal dan membimbangkan, kata Ketua Kampung Jubli Ngok.

Beliau berkata, paras air yang naik di kawasan hulu kampung termasuk jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Pangtray adalah fenomena biasa dan kerap berlaku selepas hujan lebat.

Katanya, ia berpunca daripada peningkatan paras air sungai Pangtray berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Setakat ini keadaan masih terkawal tidak membahayakan. Kawasan itu memang kerap dinaiki air sejak dahulu lagi. Kita percaya kejadian ini berpunca daripada air sungai yang bertakung.

“Sementara itu, operasi sebuah sekolah di kawasan tersebut juga masih berjalan seperti biasa.

PIHAK berkuasa tempatan termasuk ketua masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota Pasukan Bomba Sukarela meninjau keadaan banjir di Kampung Pangtray.

Begitu pun, saya berharap pihak berwajib mengambil pendekatan tertentu bagi memastikan masalah ini tidak berulang,” katanya kepada Wartawan Suara Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Daro, Satar Smawi berkata, hujan lebat menyebabkan jalan di kawasan kampung hulu Pangtray dinaiki air sehingga pada paras 0.76 meter, semalam.

Bagaimana pun setakat ini katanya, ia belum mencecah paras 1.2 meter.

“Keadaan ini adalah perkara biasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu selain perubahan angin monsun,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PBS akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan tidak bertambah buruk.

“Saya juga ingin menasihatkan ibu bapa agar jangan membiarkan anak-a nak terutama yang masih kecil bermain air bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Pada masa yang sama, penduduk juga boleh memaklumkan perkembangan terkini kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Daro atau pemimpin masyarakat setempat, ” tambahnya.

Keadaan terkini banjir di Kampung Pangtray

 

Peningkatan paras air sungai menyebabkan jalan di kampung Pangray dinaiki air.