ARTIKEL

Rundi berucap pada Majlis Penutupan Sarawak Festival Agro 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium

Festival Agro 2024 bakal diadakan pada skala lebih besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Festival Agro Sarawak pada tahun 2024 bakal diadakan pada skala yang lebih besar, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, perbincangan telah dibuat bersama-sama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dipersetujui di peringkat kabinet.

“Kita sudah memohon kepada kabinet mengenai perkara ini dan dipersetujui agar penganjuran festival diadakan lebih besar pada tahun hadapan.

“Sehubungan itu, kita juga berterima kasih kepada Premier (Abang Johari) kerana menyediakan peruntukan dua kali ganda pada penganjuran seterusnya, berbanding tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Sarawak Festival Agro 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rundi mendedahkan bahawa Abang Johari turut bersetuju untuk mengadakan penganjuran festival agro di daerah lain pada masa akan datang.

“Kita akan mengadakan festival seumpama ini di Pakan, Limbang dan sebagainya, tetapi mungkin tidak sebesar penganjuran di sini,” ujarnya.

Sementara, Festival Agro 2023 berjaya meraih lebih 300,000 orang sepanjang tempoh ia berlangsung melepasi jangkaan 100,000 kehadiran pengunjung meraih lebih RM2 juta sepanjang program berlangsung.

Sirai menyampaikan cenderamat kepada Rundi pada Majlis Penutupan Sarawak Festival Agro 2023 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium

BERITA LAIN

BERITA TERBARU