ARTIKEL

Karim bersama-sama yang lain semasa Festival Air Sibu Jaya, hari ini.

Festival Air Sibu Jaya Himpun Lebih 10,000 Pengunjung Pelbagai Kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Konsep berasaskan komuniti yang diterapkan dalam Festival Air Sibu Jaya menjadi antara kekuatan utama penganjuran acara itu dalam memperkukuh perpaduan serta hubungan masyarakat pelbagai kaum dan generasi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan berkenaan membolehkan semua lapisan masyarakat terlibat secara langsung dalam festival tanpa mengira latar belakang kaum.

“Semua lapisan masyarakat terlibat bersama-sama tanpa mengira kaum, termasuk masyarakat Dayak, Melayu, Melanau dan Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Festival Air Sibu Jaya di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, di sini, hari ini.

Karim bersama-sama yang lain semasa Festival Air Sibu Jaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, festival seumpama ini bukan sekadar menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada masyarakat, malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan institusi keluarga dan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Jelasnya, sambutan festival berkenaan juga semakin menggalakkan dari tahun ke tahun apabila lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjurannya pada tahun ini.

“Pelibatan masyarakat secara menyeluruh membuktikan program berasaskan komuniti mampu menjadi medium berkesan untuk merapatkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

“Pada masa sama, festival ini turut memberi peluang kepada anggota keluarga daripada pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Karim menegaskan bahawa Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan terus menyokong penganjuran Festival Air Sibu Jaya.

Tambahnya, festival berkenaan dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat melalui pelibatan komuniti serta pengukuhan hubungan antara generasi.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi