SERIAN: Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) mengalu-alu pemain wanita berbakat untuk menyertai sesi pemilihan pemain yang akan berlangsung di padang ILP Serian esok (Sabtu).
Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), MD Haiqal Abdullah memberitahu, sesi pemilihan tersebut bermula pukul 2 petang dan akan dikendali oleh jurulatih yang dilantik pihaknya.
“Kita menyeru pemain berminat dan berbakat untuk menyertai sesi pemilihan esok di padang ILP Serian. Kehadiran anda amat dialu-alukan,” ujar Haiqal kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas Haiqal, pemilihan tersebut bagi mencari pemain berbakat untuk pihaknya membentuk pasukan menghadapi Festival Bola Sepak Wanita 2026 yang akan berlangsung di Serian pada 19 dan 20 Disember depan.
Mengulas pemilihan tersebut, Haiqal berkata, keutamaan diberi kepada pemain yang berasal dari Serian.
Selain itu, pemain terbabit hendaklah berumur 16 tahun ke atas.

