ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng (lima kiri) menggalakkan orang ramai untuk hadir memeriahkan Festival Kebudayaan Cheongsam hujung minggu ini. Foto Mohd Alif Noni

Festival kebudayaan pamer perpaduan, kepelbagaian masyarakat Sarawak yang hidup harmoni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Kebudayaan Cheongsam kembali lagi untuk edisi yang ketiga pada hujung minggu ini, menjelmakan daya tarikan perpaduan antara budaya yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Sarawak yang hidup harmoni.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, festival ini akan berlangsung di dua lokasi ikonik iaitu Kuching Park dan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Sarawak (MBKS).

Katanya, penganjuran festival pada kali ini disifatkan sebagai unik dengan mempromosikan rekaan budaya etnik Sarawak dalam pakaian tersebut.

Datuk Wee Hong Seng bercakap pada sidang media. Foto Mohd Alif Noni

“Objektif festival ini adalah untuk mengukuhkan integrasi perpaduan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

“Melalui acara ini, kita mencipta platform untuk meraikan kepelbagaian dengan memupuk persefahaman kita yang lebih mendalam, keprihatinan dan sokongan kita terhadap lain-lain komuniti di Sarawak,” katanya pada sidang media sempena festival itu di bangunan MBKS, di sini hari ini.

Hong Seng menjelaskan, penggunaan motif batik Sarawak pada pakaian cheongsam itu menjadikan ia sebagai identiti Sarawak.

Justeru katanya, ia bukan sekadar merayakan warisan yang terdapat di negeri malah menyumbang kepada pembangunan pelancongan tempatan dan menarik kehadiran pelancong asing.

“Jadi ia akan mempamerkan keunikan kita di Sarawak dan gabungan budaya kita. Ini bermakna cheongsam boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.

Festival Kebangsaan Cheongsam dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sarawak dengan kerjasama MBKS serta disokong dan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Pertandingan Cheongsam bakal mempertandingkan dua kategori iaitu individu (umur 22 hingga 80 tahun) dan berkumpulan (tiada had umur)

Sementara program di sayap lama Dewan MBKS pula, hadirin akan dihiburkan dengan persembahan yang akan disampaikan oleh Zhi Wei dan My Destiny serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil