Festival Layang- Layang Antarabangsa Bintulu meriah

BINTULU: Pelbagai bentuk dan corak layang-layang daripada saiz kecil hingga gergasi menghiasi ruang udara bandar Bintulu simbolik bermulanya Festival Layang- Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) Ke-15 2019 hari ini.

Senario tersebut bukan sahaja memberikan satu permandangan yang indah tetatpi turut menenangkan jiwa peminatnya.

Layang- layang tersebut bukan sahaja direka oleh pemain tempatan yang berbakat dan bermahiran tinggi, malah pelayang asing turut tidak ketinggalan serta kalah dengan kreativiti dan kemahiran mereka.

Tidak cukup dengan layang-layang bersaiz gergasi, ribuan pengunjung pasti terpesona dengan kemahiran peserta bermain layang-layang stunt kite yang kelihatan melentuk-lentuk mengikut alunan tangan pelayang selain mengeluarkan bunyi yang mengasyikkan.

Suasana meriah tersebut merupakan sebahagian aktiviti yang dapat dilihat sepanjang penganjuran BIKF Ke-15 2019 yang telahpun bermula hari ini hingga 29 September ini.

Pelbagai bentuk dan corak layang- layang menghiasi ruang udara Bintulu pada Festival Layang- Layang Antarabangsa Bintulu 2019.

Kejohanan Layang – Layang Sukan Asia Pasifik Ke-2 (Dual Line) membuka tirai festival layang – layang berkenaan yang merupakan kali ke-enam diadakan di luar negara Jepun dan terbuka kepada negara- negara Asia Pasifik seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Singapura, Thailand, New Zealand dan Malaysia dengan bandar Bintulu diberikan penghormatan sebagai penganjur oleh Persatuan Layang- Layang Sukan Seluruh Jepun( All Japan Sport Kite Association).

Penganjuran kejohanan tersebut dilihat mampu mempromosikan bandar Bintulu kepada pelayang – pelayang seluruh dunia selain sebagai tempat yang perlu dilawati untuk aktiviti layang-layang sekali gus sebagai tanggunjawab sosial korporat (CSR ) pihak Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) kepada penduduk Bintulu disamping dapat memperkembangkan industri pelancongan di bahagian ini.

Malah, penganjuran festival dan kejohanan tersebut dilihat sebagai industri pengeluaran minyak dan gas bahkan festival layang-layang dimana setiap tahun penganjuran FLABB, pihak penganjur akan menyajikan sesuatu yang baharu.

Pada tahun ini, sebanyak 33 buah negara membabitkan 156 peserta mewakili Australia, Austria,Belgium, Kanada, China, Columbia, England, Estonia, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, New Zealand, Filipina, Poland, Portugis, Rusia, Singapura, Switzerland, Taiwan, Thailand, Tunisia, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam dan Malaysia mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa(Persembahan).

Penganjuran BIKF kali ini turut menyaksikan penyertaan daripada dua negara baharu iaitu Tunisia dan Ukraine dengan masing- masing menghantar dua dan satu penyertaan.

Sementara itu, 66 peserta kebangsaan dari tujuh buah negeri iaitu Sarawak, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Perlis dan Terengganu serta 17 Kelab Pelayang Kebangsaan turut mengesahkan penyertaan bagi kategori Kebangsaan.

Antara pengisian sepanjang lima hari program berlangsung termasuklah percubaan untuk memecah dan mencipta baharu `Malaysia Book of Records’ acara menerbangkan Layang- Layang Kereta Api Terowong Gerbang Terpanjang pada satu masa yang dijadualkan pada 29 September ini.

Acara tahunan anjuran BDA itu mensasarkan untuk memecah rekod yang pernah dilakar pada penganjuran acara terbabit tahun 2015 di mana sejumlah 5,650 keping layang- layang kereta api berjaya diterbangkan.

Seperti tahun sebelumnya, acara ini berjaya menarik kehadiran ribuan pelancong dan pengunjung dari luar Bintulu dengan penyertaan kian meningkat dari peserta kebangsaan dan antarabangsa selain mendapat maklumbalas yang sangat positif.

Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Ragad Kurdi Taib dijangka hadir menyaksikan acara tersebut.

Turut diadakan juga Kejohanan Layang- Layang Sukan Asia Pasifik,acara menerbangkan layang- layang oleh peserta antarabangsa,kebangsaan dan tempatan,bengkel membuat layang- layang(wau), Pesta Makanan dan Perdagangan,persembahan hiburan dan kebudayaandan sebagainya.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka menyempurnakan acara perasmian festival berkenaan pada Sabtu, 28 September, jam 2 petang.

UNTUK ALBUM… Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu Rodziah Morshidi merakamkan gambar bersama sebahagian  peserta BIKF 2019.

 

Suara Sarawak