ARTIKEL

Henry ketika berucap sempena Majlis Festival Pertengahan Musim Luruh di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bau, semalam. | Foto: UKAS

Festival Pertengahan Musim Luruh kukuhkan perpaduan di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh di Bau bukan sekadar meraikan tradisi masyarakat Cina, malah menjadi wadah penting untuk memperkukuh perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep menyatakan bahawa sambutan bertemakan Perhimpunan Keluarga, Limpahan Berkat itu membawa mesej mendalam mengenai nilai kekeluargaan, kebersamaan, dan kesyukuran.

Suasana sekitar Majlis Festival Pertengahan Musim Luruh. | Foto: UKAS

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru menegaskan bahawa keistimewaan masyarakat Bau terletak pada kemampuan penduduk yang berbilang kaum, agama, dan budaya untuk hidup bersama dalam suasana saling menghormati.

Semasa berucap di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bau semalam, beliau menyeru agar budaya saling mengenali dan menghormati terus dipupuk dalam kalangan generasi muda sebagai kekuatan serta warisan komuniti setempat.

Suasana sekitar Majlis Festival Pertengahan Musim Luruh. | Foto: UKAS

Beliau turut berharap agar sambutan tersebut dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk serta membawa limpahan berkat kepada seluruh masyarakat yang disifatkannya sebagai satu keluarga besar.

BERITA LAIN

CEKAL Tersenarai Lima Dokumentari Terbaik FFM35

KUCHING: Dokumentari CEKAL: Kisah Bonnie Bunyau Gustin bukan sekadar mengangkat kejayaan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, sebaliknya turut menyorot hubungan erat antara seorang anak

BERITA TERBARU

CEKAL Tersenarai Lima Dokumentari Terbaik FFM35

KUCHING: Dokumentari CEKAL: Kisah Bonnie Bunyau Gustin bukan sekadar mengangkat kejayaan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, sebaliknya turut menyorot hubungan erat antara seorang anak