ARTIKEL

CANTIK... Juma’ani (tengah) dibawa melawat bazar menjual baju raya selepas Majlis Perasmian Festival Raya Majma 2024 di Majma’ Mall semalam, diiringi Abang Shibli (kiri). - Foto Mohd Alif Noni

Festival Raya Majma meriahkan Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 82 gerai ditawarkan sempena penganjuran Festival Raya Majma 2024 yang berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April depan, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Nailie, berkata ia menawarkan pelbagai juadah makanan, pakaian, keperluan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri serta banyak lagi.

Katanya, apa yang menarik adalah mereka juga menyediakan aktiviti cabutan bertuah khas untuk pengunjung yang berbelanja sepanjang festival itu berlangsung.

“Justeru, penganjuran aktiviti jualan sebegini adalah untuk menyediakan platform dan kemudahan kepada peniaga serta mereka yang baharu mula belajar berniaga bagi mencari rezeki.

“Alhamdulillah sepanjang penganjuran sejak 2018 memang peniaga berpuas hati dengan hasil yang amat menggalakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Raya Majma 2024 di Majma’ Mall di sini, semalam.

Tambahnya, TBS juga sangat bersyukur kerana dapat membantu untuk memastikan usahawan baharu berpeluang menjalankan perniagaan.

Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu bahawa Yayasan Kepimpinan Al Bait juga telah menyediakan satu gerai yang menjual biskut dan sebagainya.

“Ia hasil daripada apa yang dipelajari menerusi program Akademi Latihan Insan (ALI) anjuran TBS.

“Alumni program ini telah berjaya menghasilkan biskut yang dipelajari sekali gus boleh menjual untuk menambah pendapatan.

“Jadi ini adalah satu perkembangan yang begitu baik sekali,” jelasnya.

Gimik perasmian festival itu telah disempurnakan oleh isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Beliau meluangkan masa untuk mengadakan lawatan ke tapak jualan bagi melihat keperluan dan pakaian yang ditawarkan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu