ARTIKEL

Festival Seni UNIMAS tarik peserta luar kampus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Festival anjuran Kolej Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaysia Sarawak, Taz Fiesta 2025 telah pun bermula dengan menampilkan dua kejohanan utama iaitu saingan berkumpulan dan tarian etnik kreatif.

Malam pembukaan menyaksikan suasana meriah dengan sokongan para pengunjung, memandangkan edisi kali ini turut terbuka kepada peserta luar kampus untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Pengarah Program, Elezwina Liran Luin berkata, sebanyak 11 kumpulan telah bertanding merangkumi enam kumpulan muzik dan lima kumpulan tarian.

“Kategori Battle of the Bands diungguli Rhythm Waves selaku juara selepas berjaya menampilkan persembahan paling menyerlah dan turut membawa pulang Anugerah Susunan Muzik Terbaik serta Anugerah Vokalis Terbaik.

“Kumpulan Feanix Artkal dan Elu-C masing-masing di tempat kedua dan ketiga, sementara Elu-C menerima Anugerah Khas Juri.

“Bagi kategori tarian etnik, kumpulan Tingkah Tari dinobatkan selaku juara, diikuti kumpulan Seri Jentayu Dansa di tempat kedua dan Ritma Dansa meraih tempat ketiga,” katanya.

TERBAIK… Barisan penari Tingkah Tari

Terdahulu, para peserta beraksi dengan penuh semangat dengan memperagakan kreativiti kumpulan masing-masing, sambil memperlihatkan variasi genre muzik dan sentuhan etnik moden yang menghiburkan dan mendidik.

Mengulas lanjut, beliau menzahirkan penghargaan kepada para peserta luar kerana memberi kerjasama baik di samping menyokong langkah strategik dalam mewujudkan ruang interaksi lebih meluas, khususnya bersama komuniti setempat.


Pada masa sama, katanya, usaha itu mampu menggalakkan pertukaran nilai seni yang lebih segar dan pelbagai serta secara tidak langsung mempromosikan budaya kampus kepada masyarakat luar.

“Kami mahu menjadikan TAZ Fiesta sebagai jambatan seni antara UNIMAS dan komuniti luar.

“Di sinilah tempat pelajar dan masyarakat berkongsi pentas, saling belajar dan menyokong bakat masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

LANCAR… Barisan ahli jawatankuasa penganjur Fiesta TAZ

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.