ARTIKEL

Lily menunjukkan biskut Green Tea, yang antara paling digemari pelanggan.

Fibi’s Cookies laris sempena Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Biskut air tangan wanita Kenyah, Fibi’s Cookies terus menjadi pilihan pada setiap kali musim perayaan termasuk Hari Krismas kali ini.

Keenakan rasanya yang rangup, lemak dan kurang manis ditambah lagi dengan kualiti bahan yang digunakan, menjadikan ia begitu digemari ramai sehingga membuatkan pengusahanya yang lebih mesra dikenali sebagai Lily tidak menang tangan.

Lily, 42, berkata mula menerima tempahan dari pelanggan sejak November lepas dan kini sudah menerima tempahan hampir 300 balang.

Malah, pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada orang yang akan menyambut Hari Krismas tetapi juga dari kaum Melayu.

“Saya juga tidak menyangka yang Fibi’s Cookies boleh digemari ramai,” katanya yang ditemu bual.

Menjelas lanjut, Lily berkata penghasilan biskutnya adalah menggunakan resipi sendiri sekali gus memberi kelainan dari segi rasa dan tekstur berbanding biskut lain di pasaran.
Jenis biskut Fibi’s Cookies adalah terdiri daripada koleksi klasik, iaitu Tart Nanas Gebu, Semperit Susu dan Suji Brunei yang dijual pada harga RM25 sebalang.

Selain itu, koleksi coklat – Famos Amos, Oreo Crunchy dan Sea Salt Cookies berharga RM30 sebalang manakala koleksi ‘extra flavor’ – Red Velvet RM30 sebalang dan Green Tea RM25 sebalang.

Menurut Lily, inspirasi untuk memperkenalkan Fibi’s Cookies sejak 2020 adalah daripada minatnya yang mendalam dalam pembuatan biskut.

Dengan hanya berbekalkan pengalaman dan pembelajaran melalui langganan resipi secara dalam talian, dia menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan biskut dan tanpa diduga, ia memberikan pendapatan sampingan kepadanya di samping kerja hakiki.

Justeru, Lily berharap melihat Fibi’s Cookies berkembang dengan jaya pada masa akan datang dan terus mendapat tempat di hati pelanggan sekali gus menjadi pilihan utama untuk meraikan musim perayaan.

Koleksi biskut Fibi’s Cookies iaitu klasik, coklat dan ‘extra flavor’.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU