ARTIKEL

FIFA: Tiada Perubahan Peraturan Lambungan Syiling Bagi Penentuan Penalti Piala Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Peraturan lambungan syiling sebelum penentuan sepakan penalti tidak diubah pada saat akhir bagi saingan Piala Dunia, menurut FIFA pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Badan induk bola sepak dunia itu sebelum ini mengemukakan cadangan kepada badan pembuat peraturan, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), supaya hanya satu lambungan syiling dilakukan sebelum penentuan penalti, berbanding dua ketika ini.

Pada masa ini, satu lambungan syiling memberi kuasa kepada pemenangnya untuk memilih pasukan mana yang memulakan penentuan penalti, manakala satu lagi lambungan syiling menentukan bahagian padang yang digunakan bagi sepakan penalti.

FIFA mahu hanya satu lambungan syiling diadakan, dengan pemenangnya menentukan satu daripada dua pilihan berkenaan. Pasukan yang kalah pula akan memilih pilihan yang satu lagi.

Bagaimanapun, sebarang perubahan tidak akan dibuat ketika kejohanan sedang berlangsung, menurut FIFA. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU