ARTIKEL

RANGKA STRATEGI... Ideris Untong (tengah) memberitahu sesuatu kepada pemainnya ketika sesi latihan.

Samarahan tidak rela berputih mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok.

Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga gol selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas juara bertahan berkenaan pada aksi separuh akhir pertama di laman sendiri hujung minggu lalu.

Ketua jurulatihnya, Ideris Untong berkata, kejayaan mempertahankan kelebihan itu bakal mengesahkan kemaraan Samarahan ke pentas final Piala Premier Sarawak 2026.

“Tugas mencabar menanti pemain untuk aksi separuh akhir kedua petang esok kerana saya percaya tuan rumah akan turun berhabis-habisan.

“Apa pun, kami sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Ideris, kemenangan tetap menjadi buruan pasukannya meskipun keputusan seri sudah memadai untuk melayakkan Samarahan ke final.

Beliau berkata, tiada perubahan besar dijangka dilakukan terhadap kesebelasan utama dengan sebahagian besar pemain yang beraksi pada perlawanan pertama akan dikekalkan.

“Semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan mahupun penggantungan. Jadi, tiada perubahan dari segi kesebelasan utama untuk perlawanan petang esok,” katanya.

Dalam pada itu, Ideris berkata, pasukannya turut membuat persiapan menghadapi kemungkinan penentuan menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari menuntut komitmen tinggi daripada pemain bagi memastikan misi ke final menjadi kenyataan.

“Kami tidak rela berputih mata. Justeru, saya mengingatkan pemain supaya mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan,” katanya.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU