ARTIKEL

Fiji lapor kes pertama dalam 78 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUVA: Rekod sifar kes Covid-19 selama 78 hari Fiji berakhir, apabila Perdana Menteri Frank Bainimarama mengumumkan seorang lelaki berusia 66 tahun diuji positif virus itu semalam, selepas kembali dari India.

Negara di Pasifik Selatan itu merekodkan kes ke-19 dan dijangkakan lebih banyak kes dilaporkan selepas ini. “Kami mengesahkan terdapat satu kes Covid-19 melibatkan warganegara yang baru kembali ke tanah air.

“Kes ini dikesan ketika individu tersebut berada di pusat kuarantin yang dibiayai oleh kerajaan,” kata Bainimarama.

Sebelum ini, semua ketibaan ke Fiji diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pemangku Setiausaha Kesihatan, James Fong berkata, Fiji sebelum ini sengaja tidak menyebut negara itu sudah ‘bebas Covid-19’, justeru ujian yang positif direkodkan pada Ahad tidak mengejutkan.

Tambahnya, walaupun Fiji mungkin bebas jangkitan Covid-19 dalam komuniti, pandemik itu masih menular di luar pesisir negara tersebut.

“Kami tidak menjangkakan kes ini adalah yang terakhir dalam kes kuarantin di sempadan Fiji,” ujarnya. – AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU