ARTIKEL

Finas wujud peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Finas bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk semua sektor industri kreatif di seluruh Malaysia melalui satu pelan Pakej Rangsangan Ekonomi Industri Kreatif dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzr, pelan itu akan mengambil tempoh masa enam bulan bermula bulan Julai sehingga Disember tahun ini.

“Jadi sebab itu, menerusi sesi dialog yang kita adakan semalam dengan penggiat seni di Sarawak, pelan itu bakal diumumkan dengan lebih terperinci dalam tempoh terdekat.

“Di Finas tiada istilah Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia. Sebab kita tidak pernah buat perbezaan, apabila kita bantu, kita akan bantu seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita dalam lawatannya untuk Program Ziarah Finas Prihatin di kediaman Safar Ghafar di sini semalam.

Jelasnya lagi, pelan itu merangkumi jaringan melibatkan pembikinan filem, sehingga ke krew produksi, stesen televisyen termasuk pawagam.

Katanya, berhubung dengan golongan YouTuber, Finas sebelum ini juga telah menggerakkan program latihan kepada golongan tersebut. “Ini bertujuan mengalakkan pembikin filem muda sebagai batu loncatan untuk terlibat serius dalam industri filem mahupun drama.

“Kita ada juga salurkan dana-dana mikro dan kita jangkakan semua Youtuber ini atau mana -mana pembikin filem muda seperti pelajar, golongan persendirian memohon dana ini.

“Manakala bagi kandungan yang dihasilkan, kita bantu salurkan ke beberapa festival perfileman, misalnya filem pendek di universiti dan NGO.

“Tahun lalu sahaja kita turut serta dalam beberapa festival filem antaranya FiTA Wave Short Film Award dan Kota Kinabalu International Film Festival (KKIFF),” jelasnya.

Katanya, Finas bersedia untuk memberi sokongan khasnya kepada anak muda bagi menonjolkan bakat dan daya kreativiti mereka melalui semua platform sedia ada.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian