ARTIKEL

Reaksi skuad hoki kebangsaan selepas ditewaskan India 5-1 dalam perlawanan final penentuan pingat emas acara hoki lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gifu Prefectural Green Stadium semalam.

Fitri Saari: Pedih kehilangan emas dan tiket Olimpik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAGOYA: Pemain hoki lelaki kebangsaan, Fitri Saari meluahkan kekecewaan selepas Malaysia gagal merangkul emas Sukan Asia dan tiket Olimpik LA28.

Malaysia tewas 1-5 kepada juara bertahan India pada aksi final di Gifu Prefectural Green Stadium.

Pemain hoki Malaysia Fitri Saari (kanan) ketika diasak pemain India Dilpreet Singh dalam perlawanan final penentuan pingat emas acara hoki lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gifu Prefectural Green Stadium semalam.

Kekalahan itu turut menyebabkan Malaysia terlepas tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Fitri berkata Malaysia sudah menewaskan Pakistan sebelum ini tetapi gagal mengatasi kekuatan India.

Beliau menjangka Malaysia bakal berdepan pasukan kuat Eropah pada pusingan kelayakan Olimpik akan datang.

Menurut Fitri, Malaysia mampu menyaingi India pada suku pertama dan kedua sebelum lemah membuat keputusan.

Malaysia akan beralih tumpuan kepada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di India bulan depan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap