ARTIKEL

FIZO OMAR teruja timang anak lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan usahawan terkenal, Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera, selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Selasa lalu, jam 5.19 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

Bayi lelaki comel itu dilahirkan dengan berat 3.52 kilogram, sekali gus menambah seri dalam keluarga kecil mereka.

Fizo meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga menerusi satu hantaran di Instagram, memaklumkan bahawa proses kelahiran berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Lebih istimewa, Fizo sekali lagi diberi kepercayaan oleh doktor untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya, momen yang disifatkan sebagai sangat berharga buat dirinya sebagai seorang ayah.

Menurut Fizo, perasaan yang dirasainya saat menyambut sendiri kelahiran anaknya itu bercampur baur antara gembira, sedih, hiba dengan bangga.

Fizo mengakui detik tersebut sangat menyentuh jiwa dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dalam perkongsian itu juga, Fizo meluahkan rasa kagum dan bangga terhadap isterinya yang dianggap sebagai wanita hebat.

Biarpun sedang sarat mengandung, Fazeera tetap cekal menjaga anak-anak serta meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pasangan ini kini dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Fizo menzahirkan rasa syukur atas rezeki dan kebahagiaan yang Allah SWT anugerahkan kepada keluarganya.

Tahniah buat Fizo dan Fazeera atas kelahiran putera tersayang! swasta di Selangor.

Bayi lelaki comel itu dilahirkan dengan berat 3.52 kilogram, sekali gus menambah seri dalam keluarga kecil mereka.

Fizo meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga menerusi satu hantaran di Instagram, memaklumkan bahawa proses kelahiran berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Lebih Menurut Fizo, perasaan yang dirasainya saat menyambut sendiri kelahiran anaknya itu bercampur baur antara gembira, sedih, hiba dengan bangga.

Fizo mengakui detik tersebut sangat menyentuh jiwa dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dalam cekal menjaga anak-anak serta meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pasangan ini kini dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Fizo menzahirkan rasa syukur atas rezeki dan kebahagiaan yang Allah SWT anugerahkan kepada keluarganya. Tahniah buat Fizo dan Fazeera atas kelahiran putera tersayang!

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha