Fokus kampung, bukan politik

LIMBANG: Ketua kaum dan ketua masyarakat berperanan sebagai mata, telinga serta mulut kepada kerajaan untuk menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar pembangunan kepada rakyat.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peranan mereka penting untuk pembangunan berterusan di sesebuah kawasan.

“Segala dasar pembangu nan selalunya disalurkan kepada ketua masyarakat dan ketua kampung.

Seterusnya mereka menjelaskan semula kepada masyarakat setempat.

“Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk ketua masyarakat dan ketua kaum bagi menyalurkan maklumat tepat kepada penduduk tentang dasar pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Jawatankuasa Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah
Limbang di Dewan Bunga Raya, semalam.

Adun Bukit Kota itu berkata, ketua kampung, tuai rumah dan pengerusi JKKK bukan sekadar pemimpin, malah menjadi medium keharmonian serta pembangunan kawasan.

Jelasnya JKKK bukan organisasi yang digunakan untuk tujuan berpolitik, namun untuk memastikan keharmoni-
an serta pembangunkan sesebuah kawasan.

“Sekiranya mereka ini tidak menjalankan tanggungjawab, kita percaya sukar untuk kerajaan menyalurkan pembangunan ke kawasan terbabit.

“JKKK diharapkan terus berusaha untuk memastikan keharmonian dan pembangunan di kawasan mereka terus dijaga dengan tidak bermain politik seperti dilakukan oleh MPKKP,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, pengurusan institusi ketua masyarakat dan ketua kaum perlu mengikut garis panduan untuk mengekalkan fungsi yang lebih efisien.

“Sebagai contoh, mengada kan mesyuarat, mengadakan aktiviti yang memberi faedah kepada komuniti, membuat
laporan sebagai bukti bertulis kepada pihak Pejabat Daerah, menerangkan perjalanan kegunaan perbelanjaan agar
semua mengetahui ketelusan dan integriti yang boleh mengangkat martabat institusi ini,” katanya.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Ngumbang, Residen Bahagian Limbang
Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Pemanca Abu Bakar Tinggal
antara yang hadir.