Trending

Fokus kepada keperluan rakyat, bukan politik kotor

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: “Hanya berkhidmat serta fokus keperluan rakyat dan negeri ini, itulah corak politik GPS,” kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Sebagai ahli GPS, kita hanya fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri. Pada masa sama, kita juga mengikuti perkembangan poli- tik semasa sama ada daripada pihak PKR atau PH.

“Berhubung video tular, ia bukan budaya kita di sini, kita hanya fokus untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar dan video intim mirip seorang menteri kabinet bersama-sama seorang lelaki yang didakwa Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri.

Terdahulu, Fadillah ditemui pemberita ketika menyertai rombongan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ke kediaman bekas Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dolah di Kampung Nangka di sini, semalam.

Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya lebih fokus kepada isu menyelesaikan masalah rakyat dan isu mencabar yang dihadapi oleh negeri dan negara sekarang ini.

“Pada waktu beginilah kita bersatu dan fokus kepada perkara yang lebih penting… jangan terlalu ba- nyak karenah politik.

“Terlalu banyak berpolitik tidak baik untuk negara. Jadi, marilah kita berkhidmat kepada rakyat dan negeri untuk masa depan negara yang lebih baik,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru