ARTIKEL

Fokus penanaman semula hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meminta Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memperketatkan penguatkuasaan dalam memerangi pembalakan haram di negeri ini.

Tegasnya, pembalakan haram menjejaskan keseimbangan alam sekitar serta kawasan tadahan hujan. “Memang tidak dapat dinafikan berlaku aktiviti pembalakan haram di beberapa tempat di Sarawak, namun ia masih terkawal.

“Malah, kita berjaya membuat tangkapan, mengenakan kompaun dan menghadapkan pesalah ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ibu pejabat Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di Bangunan Baitulmakmur II di sini pada Jumaat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II menambah, penguatkuasaan memerangi pembalakan haram turut dilaksanakan meskipun negara kini berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kita juga memohon kerjasama orang ramai untuk memberi input dan menyampaikan maklumat kepada kita dalam memerangi pembalakan haram. “Saya juga menggesa agar penguatkuasaan JHS dijalankan secara profesional dan berintegriti tinggi. “Kita juga merakamkan penghargaan kepads JHS atas komitmen dalam mengekalkan 70 peratus hutan Sarawak.

“Ini selari dengan dasar guna tanah Kerajaan Sarawak dengan tujuh juta hektar untuk sektor perhutanan merangkumi sejuta hektar kawasan terlindung sepenuhnya (TPA) manakala enam juta hektar adalah hutan simpan tetap,” jelasnya.

Tegasnya, sebanyak 2.1 juta hektar lagi adalah kawasan Jantung Borneo yang memberi tumpuan kepada penanaman semula hutan dan restorasi hutan. “Ia melibatkan pelbagai agensi, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat untuk bersama-sama menyumbang kepada kehijauan alam sekitar,” katanya.

Turut diadakan penyerahkan tiga pelan pengurusan taman yang dibangunkan oleh JHS kepada Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) dengan kos sebanyak RM1.43 juta melibatkan Taman Negara Gunung Pueh, Taman Negara Usun Apau dan Taman Negara Bungo Range.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU