KUCHING: Misi utama sekarang untuk mengekang penyebaran Covid-19 dan tidak perlu membantah sama ada sidang Parlimen harus diadakan semula atau sebaliknya.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ahli politik harus berhenti berdebat mengenai pembukaan semula parlimen, atau menyerang lawan politik dengan mewujudkan isu yang tidak penting.
“Idea untuk membuka kembali Parlimen seperti yang diusulkan banyak ahli politik daripada parti pemerintah dan pembangkang hingga mencetuskan kontroversi besar dalam kalangan masyarakat “Saya percaya bahawa dalam situasi sekarang, ahli parlimen kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang harus fokus untuk meratakan keluk Covid-19,” katanya semalam.
Tambah King Sing, saluran yang lebih berkesan harus digunakan untuk meningkatkan suara rakyat dan membincangkan perkara bagi membendung pandemik seperti bertemu menteri dan jabatan yang berkaitan sama ada melalui media, surat khabar, e-mel dan mesyuarat Zoom.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021

