ARTIKEL

TERIMA KASIH…Pihak UiTM Mukah menerima sumbangan daripada Nur Muhammad (lapan kiri) dalam Program Penyerahan Sumbangan Food Bank Siswa, di sini, hari ini.

Food Bank Siswa bantu golongan B40 fokus pembelajaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pengurus Tobha Restaurant, Nur Muhammad menyampaikan sumbangan kepada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah, di sini, hari ini.

Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan makanan iaitu 60 keping canai telur dan kari ayam.

Menurut kenyataan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah, sumbangan ini adalah di bawah Program Penyerahan Sumbangan Food Bank Siswa.

“Program Food Bank Siswa ini adalah antara inisiatif kesinambungan daripada Program Food Bank Malaysia.

“Kini, ia telah diperluaskan ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam bagi membantu golongan mahasiswa terutamanya yang terdiri daripada golongan B40.

“Dengan adanya program yang membantu mereka seperti ini, mereka dapat memberi tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran,” kata kenyataan tersebut.

Hadir sama, Pegawai Penolong Pendaftar Kanan Ahmad Tirmizi Kram, Penolong Pegawai Eksekutif Kanan Ismaily Hajani, wakil Ketua Cawangan KPDN Mukah Arzamzri Sukiman, Mohd Nur Iqmal Abdullah dan Mastapha Majid.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil