ARTIKEL

TERIMA KASIH…Suhaili (sembilan kiri) menerima sumbangan Food Bank daripada Kelvin (enam kanan) dalam program tersebut.

Food Bank Siswa Mukah Perkukuh Kebajikan Pelajar PMU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Penyerahan Sumbangan Ihsan Food Bank Siswa menjadi inisiatif dalam memperkukuh kebajikan pelajar menerusi kerjasama pelbagai pihak.

Program ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak bersama dengan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Mukah (PMU).

RAKAM KENANGAN……Suhaili merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam program tersebut.

Dalam program berkenaan, syarikat Lian Huat, Oya menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,000 dalam bentuk barangan keperluan asas termasuk makanan dan minuman bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil syarikat, Kelvin Ong kepada Pengarah PMU, Suhaili Aleh, manakala pihak KPDN diwakili Timbalan Ketua Cawangan Mukah, Mohamad Rizal Sehe.

“Alhamdulillah, kami bagi pihak PMU amat menghargai sumbangan yang diberikan dalam program ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas pelajar, malah memberi semangat kepada mereka untuk terus fokus dalam pengajian,” katanya dalam program tersebut.

Sementara itu, Kelvin Ong turut menzahirkan komitmen untuk terus menyokong komuniti pendidikan melalui pelbagai bentuk sumbangan pada masa akan datang.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak pihak industri untuk bersama-sama menyumbang kepada kebajikan masyarakat,” katanya.

Manakala, wakil pelajar GPS, Belteshazzar Uwen, turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Dalam pada itu, pihak pengurusan PMU menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Lian Huat, atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU