LUNDU: Usaha formalisasi perniagaan merupakan salah satu pemangkin untuk Sarawak beralih ke arah landskap perniagaan digital, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Untuk itu kata Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED), kementeriannya mengambil inisiatif untuk mengadakan program Jum REGISTA Bisnes untuk membantu para usahawan.
“Langkah pertama untuk menuju ke arah ini adalah dengan mendaftarkan perniagaan mereka supaya dapat meneroka prospek perniagaan masing-masing.
“Dengan mendaftarkan perniagaan ini juga, para usahawan akan berpeluang untuk menikmati bantuan dari pihak kerajaan mahupun insitusi kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibaca Timbalan Menteri MINTRED Datuk Malcolm Mussen Lamoh semasa Majlis Perasmian Program Jum Regista Bisnes, di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.







