ARTIKEL

Fungsi baharu SPay Global dengan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengintegrasian SPay Global dengan fungsi DuitNow QR merupakan satu kejayaan dalam usaha Sarawak ke arah ekonomi digital.

Terdahulu, aplikasi e-dompet Sarawak, SPay Global melancarkan ciri baharunya iaitu kemudahan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh Payments Network Malaysia (PayNet).

Dengan sokongan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), integrasi baharu ini membolehkan rakyat Sarawak menikmati transaksi tanpa tunai yang lancar, pantas dan selamat.

Ia sekali gus, mengukuhkan komitmen negeri ke arah transformasi digital melalui rangkuman kewangan dan ekonomi tanpa tunai.

Pengurus Besar SMA Datuk Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata, ciri baharu ini membuka jalan ketersambungan lebih baik dan urus niaga yang lancar, serta memperkasakan rakyat Sarawak untuk terlibat dengan rangkaian peniaga yang luas merentasi sempadan.

“Ia sejajar dengan visi untuk ekonomi digital Sarawak—ekonomi yang merentasi sempadan geografi, membuka peluang baharu dalam perniagaan dan individu untuk mengambil bahagian dalam pasaran global melalui inovasi seperti ini.

“Seterusnya, meningkatkan keterangkuman digital serta mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam ekonomi serantau dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. Ts Hii Saan Chieng selaku pengendali SPay Global menyatakan, integrasi ini menyerlahkan komitmen syarikat ke atas pembayaran tanpa tunai yang lancar untuk semua rakyat Sarawak.

Manakala Pengarah Kanan, Bahagian Komersial PayNet Azrul Fakhzan Mainor menambah, dengan DuitNow QR, SPay Global kini boleh beroperasi dengan semua bank yang mengambil bahagian.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU