KUCHING: Pasukan Real Kubota berjaya muncul juara bagi Kejohanan Futsal Piala Gereja 2024.
Skuad pilihan terbabit memastikan gelaran berprestij itu selepas menumpaskan Pok Alok FT dengan jaringan (4-3) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Sentosa, Jalan Stakan hujung minggu lalu.
Ekoran kejayaan itu menyaksikan barisan pemain dan pegawai Real Kubota membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.
Manakal, hadiah wang tunai RM1,500 termasuk piala dan pingat diterima pemain dan pegawai pasukan Pok Alok FT selaku naib juara.
Dalam pada itu, pasukan DFR Jokers dan Z-Tecs FT yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Sementara itu, Vicky Anak Richard (Real Kubota) dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Sambil, Reagan Anak Jubang (Real Kubota) muncul penjaga gol terbaik.



