ARTIKEL

Futsal semakin dilupakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Futsal suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai budaya anak muda di Malaysia. Sekitar 2010 hingga 2019, sukan ini berada pada kemuncak popularitinya.

Hampir setiap malam, gelanggang futsal dipenuhi pemain daripada pelbagai latar belakang, sama ada pelaja sekolah, mahasiswa universiti. pekerja swasta, kakitangan kerajaan mahupun golongan veteran yang masih aktif bersukan.

Saya sendiri melalui era ersebut sebagai individu yan aktif bermain futsal sejak 2010. Antara kenangan yang paling saya ingat ialah ketika pertama kali bermain futsal secara aktif pada 2012.

Ketika itu, seorang rakan mengajak saya menghadiri sesi pemilihan pemain futsal di gelanggang futsal yang terletak berhampiran Taman Botani.

Kira-kira 30 pemain hadir untuk mencuba nasib dan sesi pemilihan tersebut berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Alhamdulillah, saya berjaya terpilih untuk mewakili kelab futsal tersebut sebagai penjaga gol atau goleiro, iaitu Zaf United, pasukan yang masih saya wakili sehingga hari ini.

Sudah 14 tahun saya bersama pasukan itu dan terlalu banyak kenangan manis tercipta sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang aktif bermain futsal, saya juga pernah meraih beberapa pencapaian yang cukup bermakna.

Antaranya termasuk menjuarai pertandingan futsal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Zaimond FT, muncul sebagai naib juara ketika mewakili pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), selain turut menjuarai kejohanan bola sepak jalanan atau street soccer bersama Zaf United.

Setiap minggu pasti ada sahaja kejohanan kecil yang dianjurkan, sama ada di gelanggang terbuka, kompleks sukan mahupun pertandingan antara jabatan dengan syarikat, antara kampung dengan kawasan perumahan dan sebagainya.

Namun kini, suasananya jauh berbeza. Jika dahulu sukar untuk mencari slot gelanggang kosong, terutama pada waktu malam, kini banyak gelanggang kelihatan lengang.

Ada pusat futsal yang suatu ketika dahulu sentiasa penuh sehingga pelanggan terpaksa menunggu giliran, namun kini hanya menerima beberapa tempahan sehari. Lebih menyedihkan, ada juga pusat futsal yang akhirnya gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi.

Jika dahulu majoriti rakan akan memberi respons positif apabila diajak bermain, kini situasinya berbeza sama sekali.

Ada yang sekadar membaca mesej tanpa membalas, ada yang memberi alasan sibuk bekerja dan tidak kurang juga yang sudah a tidak berminat untuk bermain lagi.

Kadangkala, daripada lebih 20 orang yang dihubungi, hanya seorang atau dua sahaja yang benar-benar bersedia untuk turun ke gelanggang.

Persoalannya, mengapakah futsal semakin suram? Antara faktor utamanya ialah perubahan gaya hidup masyarakat pada hari ini.

Generasi muda kini lebih cenderung kepada hiburan digital dan aktiviti dalam talian.

Jika dahulu waktu malam dihabiskan di gelanggang futsal, kini ramai yang memilih untuk berada di rumah dengan bermain permainan video, menonton penstriman digital atau melayari media sosial.

Selain itu, faktor komitmen kerja juga memainkan peranan besar. Kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa ramai individu bekerja lebih masa atau melakukan pekerjaan sampingan demi menampung keperluan hidup.

Akibatnya, masa untuk bersukan semakin terhad. Bagi mereka yang sudah berkeluarga pula, tanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan aktiviti riadah seperti futsal tidak lagi menjadi keutamaan.

Pandemik COVID-19 juga memberi kesan besar terhadap perkembangan futsal di negara ini. Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua aktiviti sukan dihentikan dan gelanggang futsal ditutup untuk tempoh yang lama.

Ramai pemain mula “hilang rentak” dan selepas pandemik berakhir, tidak semua kembali aktif seperti dahulu. Ada yang sudah terbiasa dengan gaya hidup baharu dan ada juga yang mula bimbang terhadap faktor kesihatan serta risiko kecederaan.

Pada masa sama, kos bermain futsal juga semakin meningkat. Harga sewaan gelanggang kini jauh lebih mahal

berbanding sedekad yang lalu. Jika dahulu pemain hanya perlu mengeluarkan belanja yang kecil untuk satu sesi permainan, kini kosnya lebih membebankan, terutama bagi golongan muda dan pelajar.

Yang lebih membimbangkan ialah futsal kini seolah-olah kehilangan “roh komuniti” yang

pernah menjadikannya popular. Dahulu, futsal bukan sekadar permainan, tetapi juga medium untuk mengeratkan persahabatan. Ramai yang sanggup memandu iauh semata-mata untuk bermain bersama-sama rakan-rakan.

Gelanggang futsal menjadi tempat berkumpul selepas waktu kerja, tempat melepaskan tekanan dan ruang untuk membina hubungan sosial.

Kini, budaya itu semakin hilang sedikit demi sedikit. Walaupun begitu, saya percaya bahawa futsal di Malaysia masih belum “mati”.

Sukan ini masih mempunyai kelompok peminat setia dan potensinya tetap besar jika diberi nafas baharu. Penganjuran liga komuniti, kejohanan belia serta program pembangunan akar umbi mampu membantu menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap futsal.

Selain itu, pengusaha gelanggang juga perlu lebih kreatif dengan menawarkan pakej yang mampu milik serta aktiviti santai yang dapat menarik golongan muda untuk kembali aktif bersukan.

Media sosial pula boleh digunakan sebagai platform untuk menghidupkan semula komuniti futsal seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Hakikatnya, futsal pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia. la bukan sekadar sukan, tetapi juga simbol persahabatan dan gaya hidup aktif generasi muda.

Melihat gelanggang yang semakin lengang pada hari ini pastinya mengundang rasa sedih dalam kalangan mereka yang pernah menikmati kemeriahan era futsal suatu ketika dahulu.

Mungkin zaman sudah berubah, tetapi kenangan melihat gelanggang yang penuh setiap malam, suara sorakan rakan- rakan dan semangat berpasukan itu masih kekal segar dalam ingatan.

Jauh di sudut hati, saya masih berharap agar suatu hari nanti budaya futsal di Malaysia akan kembali meriah seperti dahulu.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU