BINTANG kpop, G-Dragon atau Kwon Ji-yong mengejutkan peminat apabila membuka akaun Instagram baharu iaitu @fanplusonedotcom sempena ulang tahun ke-34 pada 18 Ogos lalu.
Akaun tersebut dilaporkan memuat naik foto mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi berkenaan.
Menariknya, kemunculan akaun tersebut dikatakan memberi bayangan bahawa G-Dragon bakal melancarkan album solonya dalam masa terdekat.
Terdahulu, akaun Instagram G-Dragon yang asal iaitu @xxxibgdrgn mempunyai 22 juta pengikut.
Park Myung Soo dari KBS Cool FM mendedahkan dalam rancangannya bahawa G-Dragon akan kembali dengan albumnya pada Oktober.
Terdapat juga spekulasi bahawa dia mengadakan konsert solo di Gocheok Sky Dome di Seoul pada November.
Tetapi khabar angin ini dinafi kan dengan pantas oleh agensinya, Galaxy Corporation.
Mereka menegaskan bahawa G-dragon akan membuat kemunculan semula akhir tahun ini dan tiada apaapa yang disahkan buat masa ini.



