Trending

Gadis buang bayi dibebaskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang gadis yang menukar pengakuan kepada bersalah menyembunyikan kelahiran dan bertindak membuang bayi yang dilahirkan ke dalam longkang dibebaskan dengan jaminan lanjut sementara menunggu laporan sosial pada 16 November depan.

Mahkamah Majistret Mohd Syukri Mokhtar mengarahkan tertuduh yang berusia 21 tahun dibebaskan dengan jaminan lanjut sebanyak RM3,000 dengan ayahnya sebagai penjamin semalam.

Tertuduh berasal dari Bandar Baru Samariang telah ditangkap polis ketika mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak setelah melahirkan bayi berkenaan.

Seorang doktor yang bertugas merawat gadis berkenaan memaklumkan kepada polis bahawa gadis itu cuba menyembunyikan kelahiran bayi sekitar jam 11 pagi walaupun mengalami pendarahan serta tanda-tanda melahirkan anak.

Namun penafiannya terbongkar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam longkang di Bandar Baru Samariang pada jam 7 malam, tidak jauh dari tempat tinggal suspek.

Mayat bayi telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru