ARTIKEL

Gambar Hiasan

Gaduh pasal duit, adik didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergaduhan antara dua beradik berhubung urusan bayaran perniagaan membawa padah apabila seorang lelaki warga Pakistan didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyebabkan kecederaan terhadap abang kandungnya.

Ullah Abid, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap abangnya di Jalan Rubber sekitar jam 4.30 petang pada 14 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku selepas kedua-dua beradik terbabit bertengkar berkaitan urusan bayaran perniagaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Semasa pergaduhan itu, tertuduh bertindak menumbuk dan menggigit lengan kiri serta jari tangan kanan mangsa.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bertindak atas laporan diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Satok menahan tertuduh sekitar jam 1.30 pagi pada 15 Mei lepas.

Siasatan mendapati tertuduh merupakan adik kandung kepada pengadu dan bertindak agresif ketika pertengkaran berlaku.

Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada lengan kiri dan jari tangan kanannya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Afiq Safly Nor Kazly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU