ARTIKEL

Gagal Bayar Denda RM2,500, Lelaki Dipenjara Babit Kes Curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang lelaki dihukum penjara selepas gagal membayar denda RM2,500 yang dikenakan Mahkamah Majistret Sarikei atas dua pertuduhan berkaitan kes kecurian di sebuah kedai.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, tertuduh sebelum itu mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Katanya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan bagi pertuduhan pertama dan empat bulan bagi pertuduhan kedua serta denda RM2,500.

“Kedua-dua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh direman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Tansli berkata, tertuduh gagal melunaskan denda berkenaan dan terpaksa menjalani hukuman penjara.

“Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sibu untuk menjalani hukuman,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam sebuah kedai.

Tansli turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak terbabit dalam kegiatan jenayah.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang,” katanya.

BERITA LAIN

Bekas guru besar pilihan GPS di Simanggang

KUCHING: Pengalaman sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat menjadi antara latar belakang calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Simanggang, Leonard Libau Anol, 64,

BERITA TERBARU

Bekas guru besar pilihan GPS di Simanggang

KUCHING: Pengalaman sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat menjadi antara latar belakang calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Simanggang, Leonard Libau Anol, 64,