ARTIKEL

Gagal kemuka pertukaran nakhoda, bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot tunda dikendalikan oleh kru warga asing yang disyaki melakukan pelanggaran undang-undang perkapalan di muara Sungai Kemena, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot tunda tersebut ditahan pada jarak 1.4 batu nautika barat laut dari muara sungai oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia dalam operasi bersepadu Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0.

Dua kru bersama-sama bot yang ditahan pihak Maritim Malaysia Zon Bintulu kerana disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan oleh dua kru warganegara India berusia 28 dan 20 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati berlaku pertukaran nama nakhoda pada sijil pendaftaran kapal tanpa dimaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal, seperti yang diwajibkan mengikut Seksyen 22(2A), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kesalahan tersebut boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,500.

Bot dan kru ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU