KUCHING: Seorang pemilik premis makanan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis miliknya pada Jun lalu.
Menurut kenyataan media Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 18(1)(a) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibacakan bersama Seksyen 18(2) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.
Tertuduh sebelum ini pernah diberikan notis kesalahan di bawah Seksyen 47 akta sama dan diberi tempoh dua bulan untuk ditawarkan kompaun di mana-mana pejabat kesihatan.
Namun tertuduh gagal menghadirkan diri sehingga tamat tempoh berkenaan, menyebabkan kes difailkan di mahkamah untuk tindakan lanjut.
Cubaan memberi peringatan akhir pembayaran juga telah dibuat terhadap tertuduh.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika Ops Rokok dijalankan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di sekitar kawasan Petra Jaya, Kuching.
Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Mohd Fairos Ibrahim, memaklumkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis untuk meletakkan papan tanda larangan merokok di premis mereka.
Mohd Fairos turut memohon agar hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran dan peringatan kepada pemilik premis lain supaya lebih bertanggungjawab mematuhi kewajipan tersebut.
Selain itu, langkah tersebut juga bertujuan mendidik masyarakat agar mematuhi undang-undang demi kesihatan awam.

Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak
KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal


