ARTIKEL

Foto Alif Noni

Gaji konsisten bantu prestasi Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sokongan berterusan kerajaan Sarawak, pengurusan yang lebih tersusun serta jaminan pembayaran gaji pemain secara konsisten antara faktor utama kejayaan Kuching City FC (KCFC) mara ke pentas akhir Piala Malaysia.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini bola sepak negeri berdepan pelbagai masalah sehingga mendorong beliau menubuhkan Kuching City FC bagi menghidupkan kembali saingan bola sepak tempatan.

“Sebelum ini bola sepak kita ada masalah. Sebab itu saya tubuhkan Kuching City FC untuk kita bangunkan semula melalui saingan kelab tempatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan latihan selain menyalurkan sokongan kewangan bagi memastikan kelab beroperasi secara stabil.

“Kita membantu dari segi kewangan. Jika pemain tidak dibayar gaji, siapa mahu bermain? Itu penting,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil sokongan dan usaha berterusan itu kini mula membuahkan hasil apabila Kuching City FC berjaya melangkah ke final selepas menewaskan Selangor FC 1-0.

“Alhamdulillah, apa yang kita buat ini berhasil,” ujarnya.

KCFC bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini, yang akan menjadi detik penentu untuk Sarawak mencipta sejarah baharu dalam peta bola sepak Malaysia sekali gus mengangkat semula martabat bola sepak Sarawak di pentas kebangsaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU