ARTIKEL

Abdul Yakub Arbi

Galak pelaburan tenaga solar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) diseru untuk mengeluarkan garis panduan bagi menggalakkan pelaburan awam dan swasta dalam projek tenaga solar serta hidro di negeri ini.

ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, ia susulan cadangan pengubahsuaian kepada Ordinan Elektrik Sarawak (Bab 50) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023.

Katanya, untuk menggalakkan pelaburan awam serta swasta dalam projek tenaga solar dan hidro, semakan utama penting bagi peralihan kerajaan kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

“Justeru saya berharap agar SEB akan mengeluarkan garis paduan untuk rumah individu atau rumah panjang supaya memasang tenaga solar bagi kegunaan sekali gus menyalurkan tenaga yang berlebihan kepada grid kuasa.

“Ia termasuk garis panduan kepada pelabur membekalkan kuasa kepada grid dengan memasang panel kuasa solar berskala besar, loji kuasa hidro atau loji kuasa biojisim; serta eksport kuasa kepada jiran kita seperti Brunei, Kalimantan, dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan menyokong RUU Elektrik (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi pada persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.

Tambahnya, semua pihak perlu menggunakan peluang ini untuk melihat masa hadapan termasuk eskport tenaga boleh diperbaharui melalui kabel dasar laut ke Singapura.

BERITA LAIN

Kuching Tuan Rumah MTQBB 26 Hingga 29 Oktober Ini

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober ini. Majlis berkenaan

BERITA TERBARU