ARTIKEL

Galak penghasilan filem dokumentari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi pemain industri kreatif di Sarawak, Finas menggalakkan lebih banyak permohonan kertas kerja dan penghasilan filem dokumentari mengenai tokoh dapat dihasilkan di negeri ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri, terdapat dana khas diperuntukan untuk penghasilan filem dokumentari tersebut.

“Finas sentiasa mendorong pemain industri kreatif untuk mengemukakan cadangan mengenai produksi penghasilan filem, dokumentari dan drama.

“Kemudian Finas akan menilai cadangan dan menyediakan dana tersebut untuk produksi menjalankan proses penghasilan filem,” katanya ketika ditemui selepas lawatannya ke kediaman artis veteran Safar Ghafar di Taman Sukma di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, permohonan untuk menghantar kertas kerja tersebut kini tidak lagi dibuka tetapi akan dibuka lagi pada tahun hadapan.

Katanya, sekiranya terdapat idea menarik, idea tersebut dapat dipertimbangkan untuk dijayakan menjadi sebuah karya.

“Pada masa sama, Finas ada terbitkan sendiri buku yang memaparkan tokoh. “Kita tahu sumbangan mereka kepada industri kreatif ini, sebab itu kita hasilkan buku ini,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan