ARTIKEL

Sesi bergambar MOVE FOR GOLD 2026 bersama para peserta, pemenang dan rakan media.

Gandingan Ekamiezza dan Raz Alia juara cabaran kecergasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan pengamal media menyahut cabaran kecergasan sempena program MOVE FOR GOLD 2026: Media Engagement Challenge bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta menyokong usaha kebajikan untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.

Program yang berlangsung di Pullman Kuching itu merupakan sebahagian daripada kempen kutipan dana sempena ulang tahun ke-25 Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS).

Program itu menghimpunkan wakil pelbagai organisasi media dalam cabaran berpasukan yang menguji ketahanan fizikal, koordinasi dan semangat kerjasama.

Peserta perlu melengkapkan beberapa stesen kecergasan termasuk Medicine Ball Slams, Partner Ball Throws, Burpees, Bear Crawls, Farmers Walk, Russian Twist Ball Pass, Single-Leg Deadlift serta Push-Up & Plank Challenge, selain berpeluang memperoleh mata bonus menerusi Cold Plunge Challenge.

Walaupun berkonsepkan pertandingan, program itu bertujuan menggalakkan amalan hidup aktif dalam kalangan pengamal media.

Di samping itu, program berkenaan turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat serta mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang menerima sokongan SCCS.

Pada pertandingan itu, gandingan Ekamiezza dan Raz Alia muncul juara selepas mencatat prestasi terbaik sepanjang cabaran.

Pasangan Nancy Nais dan Karen Bong menduduki tempat kedua, manakala Diyana dan Elfy di tempat ketiga.

Selain cabaran kecergasan, program itu turut menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan dan komuniti kepada orang ramai, termasuk saringan kesihatan percuma, ujian kepadatan tulang, ceramah kesihatan dan kesejahteraan, sesi kesedaran mempertahankan diri, aktiviti kanak-kanak, Swim for a Cause serta pelbagai program kesejahteraan komuniti.

MOVE FOR GOLD merupakan kempen tahunan berteraskan kecergasan, kesihatan dan kebajikan yang diadakan di Kuching bagi mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran terhadap perjuangan SCCS.
Edisi 2026 berlangsung selama tiga hari di The Hills dan Hotel Pullman Kuching, menghimpunkan pelbagai aktiviti yang menggalakkan penyertaan masyarakat dalam usaha memupuk budaya hidup sihat sambil menyokong inisiatif kebajikan.

Penganjuran Media Engagement Challenge turut membuktikan peranan pengamal media bukan sahaja sebagai penyampai maklumat, malah sebagai contoh dalam mengamalkan gaya hidup aktif serta menyokong program yang memberi manfaat kepada komuniti.

Cabaran ala Hyrox yang perlu ditempuhi peserta sepanjang pertandingan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU