ARTIKEL

Kredit: Bernama

Gandingan “scratch” Indonesia runtuhkan impian Aaron-Wooi Yik di Final Terbuka China 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harapan menggunung peminat badminton tanah air untuk melihat beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjulang gelaran sulung kejohanan bertaraf Super 1000 musnah, apabila mereka dikejutkan pasangan scratch Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di pentas akhir Terbuka China 2025.

Pada pertarungan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik hari ini, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kedua dunia, langsung tidak mampu menandingi keserasian mengejut gandingan Indonesia yang baru digabungkan sejak minggu lepas di Terbuka Jepun 2025.

Juara dunia 2022 itu, boleh dilihat bergelut untuk membaca permainan gandingan Indonesia sejak awal permainan, dengan ketinggalan 1-9 sebelum berakhir dengan 15-21 pada set pembukaan.

Set kedua menyaksikan nasib yang tidak jauh berbeza, apabila beregu negara terus dibelenggu tekanan demi tekanan oleh lawan mereka yang nyata bermain tanpa tekanan dan penuh keyakinan, dan akhirnya Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan 14-21 yang berakhir dengan 35 minit.

Kekalahan itu juga menyekat peluang Aaron-Wooi Yik untuk menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas memenangi Kejohanan Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura selain muncul naib juara Malaysia Masters. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU