ARTIKEL

Gangguan bekalan air beberapa kawasan Bintulu dijangka pulih hari ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Beberapa kawasan di bahagian ini mengalami gangguan bekalan air sementara waktu berikutan kerosakan sebahagian saluran paip air utama pihak LAKU Management Sdn Bhd, awal pagi tadi.

Laku Management Sdn Bhd (Laku), dalam kenyataan berkata kerosakan akibat dilanggar sebuah lori treler.

“Antara kawasan terjejas melibatkan pengguna di kawasan Pusat Operasi SSGP Bintulu, Similajau Raw Water Intake dan Loji Rawatan Air Samalaju,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, saluran paip tersebut penting untuk membekal air terawat ke kawasan KINDA 2, Pusat Operasi SSGP Bintulu, Sungai Similajau Raw Water Intake, dan membekalkan bekalan sokongan kepada Loji Rawatan Air Samalaju.

“Berikutan kejadian tersebut, pengguna di Pusat Operasi SSGP Bintulu, Sg. Similajau Raw Water Intake, dan Samalaju Water Treatment Plant akan mengalami gangguan bekalan air sementara waktu.

“Bagaimanapun, pihak kami memberi jaminan kepada pengguna di kawasan KINDA 2 bahawa bekalan air mereka tidak akan terjejas.

“Pasukan kami telah segera menutup ‘isolation valve’ selepas lokasi sambungan saluran paip bagi kawasan KINDA 2,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Jabatan Penyelenggaraan LAKU akan bertindak segera dengan memberi keutamaan dan memulakan kerja pembaikan untuk mengurangkan tempoh gangguan air.

“Kami menjangkakan bahawa kerja-kerja pembaikan akan selesai lewat petang ini dan bekalan air akan kembali pulih selepas itu,” tambahnya.

Sebarang sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan, orang ramai disarankan untuk menghubungi talian : 24-Hour Hotlines: 086-318160 /010-2663269, Website: www.lakumanagement.com.my atau Email: cs_btu@lakumanagement.com.my

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU