JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di daerah Matu dan Daro bermula 8 pagi sehingga 5 petang, hari ini.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk melakukan kerja-kerja penyambungan paip baharu ke paip sedia ada di Loji Rawatan Air Jemoreng dan Loji Rawatan Air Daro.



