ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Diet garam bantu urus penyakit buah pinggang kronik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Diet pemakanan kurang garam boleh memberi perbezaan ketara dalam pengurusan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu keadaan fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur.

Pakar Perunding Nefrologi dan Pemindahan Buah Pinggang Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Rosnawati Yahya berkata, dalam berdepan penyakit CDK, sesetengah diet seperti Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) dan Mediterranean diet juga dapat membantu dalam pengurusan penyakit itu.

Beliau berkata, DASH ialah pelan pemakanan sihat yang dirancang untuk membantu pencegahan dan merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) selain dapat membantu menurunkan kolesterol yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung.

Diet ini mengutamakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak, ikan, ayam dan kekacang yang kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium serta magnesium.

Justeru, ia dapat membantu mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (sodium), gula, dan lemak tepu seperti daging yang berlemak dan produk tenusu berlemak penuh.

Menjelaskan mengenai penyakit itu, Dr Rosnawati berkata, CKD pada peringkat awal, tidak menunjukan sebarang gejala atau simptom menyebabkan kebanyakan pesakit tidak sedar buah pinggang mereka bermasalah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan