Atlet terjun Nur Dhabitah Sabri layak ke final acara 3m papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024.
Dhabitah meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir hari ini apabila menamatkan saingan di tempat kelapan di Pusat Akuatik
Saint-Dennis, Paris.
Atlet berusia 25 tahun ini mendapat kutipan 286.95 mata membolehkan dia menyertai 11 penerjun lain ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam, Jumaat.





